Monday, June 22, 2009

Wireless

Sudah menjadi trend masa kini akan pengunaan Wireless bagi akses ke Internet, sama ada di rumah, di pejabat mahupun di tempat-tempat awam.

Sedarkah anda bahawa kelemahan dan kecacatan sistem keselamatan Wireless?

Umum mengetahui akan kelebihan Wireless, sambungan ke Internet tanpa wayar, tiada kabel yang merimaskan, portability yang membolehkan mengaksesnya dimana-mana sahaja selagi di dalam signal dan bermacam-macam lagi.

Tetapi kelebihan ini jugalah yang membawa kepada kepincangan atau kelemahan Wireless itu sendiri, tiada kabel membuatkan penceroboh tidak perlukan sambungan fizikal kabel, portability juga memberikan peluang penceroboh memanipulasi Wireless di mana-mana sahaja lingkungan signal Wireless.

Sistem keselamatan Wireless yang biasa seperti WEP (Wired Equivalent Privacy) dan WPA (Wifi Protected Access) juga sudah terbukti tidak kebal.

Saya tidak mencadangkan anda untuk melupakan terus Wireless, tapi saya cuma boleh nasihati anda supaya:
a. pastikan anda tahu AP Wireless mana yang anda gunakan
b. kalau boleh, cuba elakkan pengunaan Wireless Internet untuk online banking
c. sekiranya anda pemilik AP Wireless, sentiasa lah menukar WEP atau WPA anda
d. simpanlah key WEP atau WPA anda dengan cekap, beri/kongsi kepada orang yang BETUL
e. sentiasa update dengan sistem-sistem keselamatan Wireless

blogger adalah pemegang CEH, CHFI & ENSA

No comments:

Post a Comment