Thursday, June 25, 2009

Hack Wireless AP

Hari ni lagi satu AP Wireless saya berjaya tumpaskan, seperti biasa WPA PSK2 terbukti boleh ditumpaskan..

Ianya bermula 3-4 bulan yang lepas bila saya scan Wireless signal di sekitar tempat tinggal saya, terdapat satu AP Wireless dengan WEP sebagai kunci nya.. Tidak sampai 2 jam (tiada user lain yang connected so agak lama nak kumpul iv's yang mencukupi) Dengan aircrack-ng di dalam machine Lenovo Thinkpad x61 ber OS kan Backtrack 3 berkeupayaan bruteforce saya berjaya ("Key Found!").

Pada mulanya saya gunakan Lenovo Ideapad S10 saja untuk melayari Internet percuma ini kerana daya tahan bateri nya yang agak lama. Dan sebagai CEH saya memberikan khabar mengerikan itu kepada tuan AP tersebut. Dia terkejut dalam keadaan yang menghairankan (dia tak faham langsung apa yang saya cuba sampaikan, walaupun saya jelaskan dalam istilah yang paling layman). Dia kata anak-anaknya yang pakai dan tukang pasang adalah technician upahan.

Seminggu selepas itu, saya terkejut bercampur gembira kerana AP Wireless tersebut telah ditukar WEP ke WPA2 PSK+TKIP ! Wau! Tentunya satu lagi cabaran yang berharga bagi saya (tak perlu War Driving jauh2 untuk mencuba sendiri bahaya bahana teknologi Wireless).

WPA berbeza sedikit dengan WEP kerana ianya memerlukan bruteforce+dictionary file, dan tentunya tidak mudah bagi saya sebab susah nak cari dictionary file bagi istilah2 melayu atau yang berbunyi ala-ala Malaysia.

Thinkpad x61 saya tidak lagi boleh connected, tetapi yang mengejutkan saya Ideapad s10 yang saya masih boleh connect ke AP Wireless jiran saya tersebut sedangkan saya belum pun sempat memulakan cubaan memecah kan WPA!.

Sehingga hari ini, saya masih lagi diselubungi confuse yang teramat sangat, bagaimana Ideapad s10 masih di terima oleh AP itu walaupun saya tidak mengubah apa2 setting langsung!.

Dan dengan mudahnya, saya hanya gunakan perisian ringkas WirelessKeyView ke atas Ideapad s10 untuk mendedahkan hex key AP dan gunakan key tersebut untuk mengesahkan validity WPA. Dan hasilnya saya berjaya connect Thinkpad x61 saya ke AP itu sekali lagi, dengan jayanya!

guna Internet je tau, jgn buat benda lain.. c, ya!

No comments:

Post a Comment