Monday, April 5, 2010

Jalur lebar jadi ungkapan popular selepas NBI

Petikan dari Utusan Malaysia Online
ARKIB : 24/03/2010

HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan projek perdana NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara Telekom Malaysia dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.

NBI membahagikan negara kepada tiga zon. Zon satu melibatkan kawasan ekonomi berimpak tinggi seperti kawasan tengah Lembah Klang dan Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor. Zon Dua membabitkan kawasan bandar dan separa bandar yang lain manakala Zon Tiga melibatkan kawasan luar bandar.

Telekom Malaysia akan menawarkan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) dengan akses 10 Mbps di zon ini. Penduduk di Zon satu juga akan mendapat akses kepada penyelesaian jalur lebar kompetitif yang lain.

Empat kawasan awal yang akan diliputi perkhidmatan TM HSBB ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. Pelan NBI membabitkan inisiatif swasta untuk menawarkan jalur lebar ke kawasan Zon Dua. Penawaran jalur lebar di Zon Tiga memerlukan campur tangan MCMC menggunakan dana Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP).

Peruntukan jalur lebar di kawasan berkenaan termasuk Telefoni Asas (menerusi rangkaian tetap dan mudah alih), Perpustakaan Jalur Lebar Komuniti (CBL) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC).

Liputan selular di kawasan berkenaan akan diperluas dengan membina lebih banyak menara komunikasi yang dibiayai oleh USP bagi membolehkan operator selular meluaskan liputan masing-masing kepada 97 peratus penduduk menjelang 2011.


TM reveals HSBB access rates

Petikan dari http://www.btimes.com.my
Published: 2010/01/30

The pricing comes in two forms: a one-time charge and a monthly recurring charge.

It charges service providers one-time fees of between RM100 and RM200 for activation of each Internet port. On a monthly basis, it charges the service providers between RM50 and RM550 per megabit per second (Mbps) for bandwidth subscription. Different monthly charges are catered for different type of usage.

No comments:

Post a Comment