Kebetulan saya berada di KK selama 5 hari (20hb Jul - 24hb Jul) outstation, saya adalah mencuba untuk memerhatikan kesedaran masyarakat KK berkenaan keselamatan Wireless khususnya AP. Saya menginap di sebuah hotel yang agak baru dan terkemuka menghadap Laut China Selatan, di hadapan barisan bangunan kedai lama yang agak popular satu masa dahulu iaitu Bangunan Sinsuran.
Seperti biasa saya masih menggunakan Backtrack 3 (masih menunggu bila Backtrack 4 final akan publish), dengan menggunakan tools aircrack-ng suite. Terdapat satu AP bernama 'sinsuran' dengan menggunakan WEP sebagai sistem sekuritinya.
Post-post sebelum ini saya sudah acap kali menyatakan kelemahan sistem WEP ini, dan saya berjaya lagi meng'hack' AP sinsuran ini. Percaya atau tidak, saya hanya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk mengumpul 'ivs' nya. Dengan tidak sampai 10000 ivs, saya dapat melayari Internet dengan tenang dan cepatnya (Internet hotel ni agak slow, mungkin disebabkan filtering dari firewall agaknya).
Sebelum saya bersedia untuk tidur, saya sekali lagi menasihati anda pemilik2 AP.. Jangan pakai WEP, dan kerapkan mengubah WPA2 anda.. bye-bye..
p/s Sorry 'sinsuran' owner, i'm doing it not for commercial purposes.. just for adding the guts and knowledge
Wednesday, July 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment